Jumaat, 18 November 2016

Seminggu

Seminggu sudah sakit perut aku berulang arghhhh apa bende ni. Sakit dia mcm nak pecah perut ko tahu. Tiap kali lepas makan or belum sempat ko habis makan lagi, sakit dia datang, perut ko sakit mcm nak pecah pdahal aku makan mcm biasa xda la banyak ke apa tp ko punya besar mcm belon bila2 je mcm nak pecah.ko punya mulut nak mengunyah nak makan tp perot ko mcm dah penuh pelik. Ko makan pun x puas, Yg tak tahan lepas je sakit badan ko jadi semput ko nafas mcm ikan atas darat mcm orng x cukup udara. Nak baring lg sakit ko kena tegak je badan arghhg Damn! Cepat la tamat.

Khamis, 10 November 2016

I wish you here

Its been a while since I finally accepted the end, but my heart still aches everytime I think of how we ended. And if I could go back, I wish I never know you. I stayed for so long, not because I was weak but because I believed in the good person in you. I left not because I dont want you anymore, I just wanna give up. Let me surrenderd. Its my biggest dream to having you in my life.

Rabu, 9 November 2016

Katakan taknak!

10/11/2016 acah2 je tulis tarikh padahal ko update je trus skali ngan tarikh, lerrr lantak lerr nk bagi panjang ayat ko diam aku nak citer apa jadi. Munabir!

So betul lah ni 10/11/2016 aku ingt minggu lepas lagi nak start tp rasa bosan so aku rasmi 10 hb 11 2016. Dah setahun la aku berkecimpung dgan bende alah ni. Btw nice experience I get, contoh perangai sebenar kawan kau, maybe dia perfect tp bila masuk je bab ni dia jadi celaka tahap munabir tengah cangkung, tp bila x masuk bab ni dia okay. Hahahaha

Okay btw harini aku dah officially bak kata orang aku dah istiharkan diri aku setelah setahun lebih aku rasa dah penat dah tiba masa, dah rasa give up banyak bende, aku kalau boleh tak nak pikir sangat tp terpaksa so nak wat mcm mana kan bende terpaksa tp tak boleh nak paksa. Melainkan bnde ni aku bukan terpaksa aku saja, so xda unsur2 paksaan ke hasutan ke apa2 aku saja nak try.

Sebenarnya aku dah start berhenti rokok kbye.

Ahad, 6 November 2016

Jawapan

Aku nak sambung pasal soalan dia tanya kat aku, aku rasa x puas hati sebab tak luah hahaha

1.ko tanya aku kenapa tak cari girlfriend?
Bukan aku tak cari, aku setia kata kata aku dari dulu kalau aku betul2 serius. aku dah jumpa tapi dia yang lari, aku pun tak tahu dah nak ikhtiar macam mana lagi nak tangkap dia balik, semua aku buat untuk dia, dia tak nampak. Aku nak buat apa lagi. Ko rasa? Cari orng lain? Bukan senang banyak sngt aku puja aku bina dengan dia kenangan arghhh! 20 kamus lebih. Dia penah cakap perempuan kalau dengan laki boleh jadi bodoh, aku sebab dia jadi gila.

2.ko tanya lagi best kan jadi single?
Best sngt best, ko nak buat apa2 semua boleh takda orang nak marah. Ko bebas tapi sebab muncul satu nama yang buat kau single itu yang tak best. Kau single sebab dia, mungkin kau lain, kalau lah bukan sebab satu nama kau single, sampai sekarang aku tak kenal dia aku tak pikir apa aku buat sangat best, takda yang main perasaan kau, flashback kenangan best kan. Tapi aku single semua bnde tu selalu kacau aku. Ko rasa?

Sabtu, 5 November 2016

Sehari di melaka

Aku tolak dari rumah pukul 3.30 pagi, sampai melaka spatutnya pukul 5 pagi tapi aku cantum2 jadi pukul 6 tepat lah aku sampai, malas nak pikir, then tak tahu nak buat apa aku tido dalam kereta sampai pulul 9. Time tu bella chat dah sampai? Aku cakap dah, so dia mntak masa siap2 mandi bagai yang lama entah apa tu kan hahaha okay.

Tepat pukul 10.30 aku keluar breakfast, satu soalan yang paling janggal aku nak jawab dia tanya aku, "bila nak cari girlfriend?" Whatt? What ur jangka from my mouth haaa? And now mmang spoil mood. Aku tak tahu nak jujur ke nak tipu. Haish loceng2. Ok satu bab sudah! And ayat kedua keluar dari mulut yg baru dia mandi maybe cuci pakai colgate aku benci colgate! Dia tnya best kan single! Woiiiiiii aku seksa tahap munabir, tahu munabir? Jgn komen tnya aku, aku x pun tahu. Chow nak mkan jap nnti smbung.

Okay gelombang cinta satu hala, biasa klau gelombang eletrik ada dua satu direct lagi satu ulang alik, aku ibarat direct xda tindak balas, aduhhh aku ni apa bg dia ea kawan? Hmmmmm sakit hati baca reply komen dia dkt ig aishhh, bngun wayne ko ngan dia xda nak turap2 da dia mmang dah taknak. Okay bye.

Aku ingat dia ni sedih sunyi takda kawan or apa2, and aku pergi melaka ingt boleh la ceria kan dia ke apa, dia dah ceria bro banyak kawan dia aku ni tak tersenarai dalam kategori must visit pun hahahaha poor wayne.

Already 13.00 o clock, aku punya short vacation dah sampai penghujung cerita, takda apa yang menarik entah la labu tembikai pun sama. Huh

One hour left dia bwak aku makan big bowl ice, klau dengan dia x Penah miss naik motor dia bwak mcm orng gila, klau aku pandai bwak motor tau la kau, kereta pun sama klau dulu dia dngar aku beleter sampai merajuk dia ckp aku period la apa la, tp dia bawak perghhhh mabuk toddy, betul la orang cakap klau nak tahu perangai manusia ni takyah kenal lama ko naik kereta dgn dia kau tau la semua bnde keluar, haish bella2 nasib la kura aku dah habis ikhtiar dah mcm mana nk baiki balik hubungan dulu, memang dah tersurat aku dengan dia kawan semata.

Last la aku update pasal harini aku doa kau bahagia hidup dunia akhirat berat aku nak give up, jangan lupa aku sayang.

Ahad, 30 Oktober 2016

Mimpi

Mimpi ni jangan buat main ada setengah ada maksudnya, aku nk citer aku dah lama sngt tak stalk or rindu bella ni tp semalam entah mcm mana dia masuk dalam mimpi aku, aku ingt biasa je lah mainan tido kan.

Pagi bangun tido biasa xda buat apa rindu ke apa xda pulak tp layan perasaan la jugak teringat mimpi semalam kan. Hahaha

Petang lepas asar dia tiba2 msj aku ckp ayah dia baru menghembuskan nafas dia. Innalillahiwainnilaiirajiun, aku rasa serba salah, patut ke aku pergi melawat? As a orang yang rapat yg aku kenal dua tahun aku patut pergi, bukan ego tp hormat dia tengah sedih takkan aku nak campur adukkan kan hal peribadi kan. Tp banyak halangan yang buat aku tak dapat pergi, aku xdapat nk keluarkan duit dari bank, sebab aku hanya boleh keluarkan menggunakan cek, petang bank dah ttup plus hari ahad. Aku call kawan2 mntak pinjam duit tp semua belum gaji takkan aku nak paksa, aku beli topup harap aku call saje.

Itu je aku mampu buat berdoa kepada allah semoga proses berjalan dengan lancar, dan roh arwah ditempatkan dengan orang2 yang soleh. Aku call tp x sempat ckp banyak maybe dia sibuk, tp aku sempat dngar suara dia, dia mcm biasa kuat mcm kura kura, tp dalam allah sahaja yang tahu. Stay strong!

Jumaat, 28 Oktober 2016

Wonder girl

Yosh aku nak citer pasal pompuan lasak, lasak banyak kategori mental fizikal, aku penah ada pompuan lasak mental, hati dia keras beb, memberontak kat diri sendiri, hidup nk berdikari, pelik dari yang lain but ada masa dia nak bermanja sebab banyak pendam perasaan, air mata cepat jatuh kalau dah tak tahan tp sorok2 takda orang nampak, tp hati dia keras sngat sampai kau rasa errr apehal?

Okay ni stephanie rupa sama tapi bukan dia, setiap kali aku nampak or terserempak hati aku jadi berdebar kencang aku nampak hantu ke haaa lebih kurang macam tu, dia ni lasak fizikal suka outdoor aktiviti kalau ada peluang semua lah dia nak cuba tp kurang dia ni mental dia cepat koyak, tapi! Dia pun lebih kurang cool gila cepat buat kawan ramah and mesra, sebab mental dia lemah dia setia babe! Kau x boleh try dia, status kau kawan situ je level kau xleh pergi jauh, dia ni bukan senang nak terlanjur batas dia, as long she simpan dalam hati saper kawan saper lawan itu ja, dia punya setia aku respect gila memang kadang2 ko rasa still wujud orang mcm ni.

Aku nak cerita psal dia ni, aku rasa dia ni kuat gila, pagi sekolah and spm dah dekat , tp tengah hari dia kerja part time, waktu lunch? Dia pergi tuition dua jam balik tuition sambung kerja part time, malam study untuk spm. What? Apa dia pikir doh? Dia ni pun memberontak nak hidup berdikari, cara dia buat aku hormat. I wish I got someone like her,  low profile, active, berdikari, strong, and hati dia baik, plis jngan start menipu, walau bnde kecik pun, jangan ajar sikap menipu, lama2 sebesar pyramid ko senang2 je menipu, dari menipu hati ko rosak, sekarang hati kau bersih. Jaga lah baik2. Bukan aku sempurna bukan dia tak sempurna tapi aku belajar dari kau cara kau. Aku pun penah menipu dia pun apa lagi, but manusia cepat berubah.

Seronok kenal kau, walaupun tiap kali kau muncul kau buat aku gelisah, aku still lagi bawah bayangan puteri hang li po. #bukansalahkau hahaha hye stephanie!

Khamis, 27 Oktober 2016

Mangsa keadaan

Seminggu ni rasa nasib kurang menyebelahi aku kot. Ada je bende tak kena, kalau memang silap aku, tak kesah sangat, sebab memang kau yang buat masalah. Tapi ini tak, semua sebab mulut orang and perangai entah apa2.

First aku frust gila dengan officemate aku budak india, 1 bulan lepas aku dah tanya kau sambut tak deepavali, dia cakap tak sambut sebab keluarga dia takda balik kampung and terpaksa jaga nenek dia dekat rumah, aku pun dah konfirmkan dengan dia okay kalau tak sambut and tak cuti, aku nak apply cuti aku nak beli tiket flight and dia on dia ckp cuti lah takda apa, 2 minggu lepas dah jadi lain, dia cakap dia nak cuti tp satu hari je so okay takda halangan bagi aku nak cuti, aku mungkin cuti selama 5 hari, kau cuti sehari tak da masalah dalam office. And dua hari lepas tukar lagi cerita dia nak cuti 4 hari, aku dah bengang, aku cakap kalau kau cuti, aku takdapat la nak cuti habis burn lah flight aku, kau dah confirm taknak cuti so aku dah beli tiket flight, kalau kau cakap nak apply cuti, takda la pulak aku nak beli tiket bengap sngt kenapa? ko tahu india mulut dia berbelit senang je dia jawab klau aku cuti dia tak cuti bukan dia boleh buat kerja aku pun, tapi memang lah bangang kau tak boleh buat kerja aku klau dua ekor dalam office tinggal pun belum tentu dorang boleh wat kerja aku takkan kau nak tinggalkan dua ekor je dalam office. So sebab kan cuti dah tak dapat semua marah aku kejap boleh cuti kejap tak dapat alih2 tak dapat join. Belum habis lagi dia dah dapat cuti and aku takdapat, harini dia cakap berbelit lagi, dia x jadi balik kg sebab tinggal nenek dia sorang2 dekat rumah cuti dah dapat ni tapi kau dduk rumah? Selfish! Pikir la orang lain bangang! Rasa malas nak kerja berhenti la jangan sebab kau orang lain jadi mangsa.

Second pasal bos cina aku ni kau ingat kau dah bukak bisnes advertising kau tahu semua benda? Habis tu takpayah lah ambik aku bekerja, semua bende kau tahu, kau ingat aku beli ijazah diploma aku? Customer request mcm ni kau ubah mcm ni last2 jadi taik, apa aku belajar design ni bukan nak sedap diri sendri tengok tahu la sikit taste customer macam mana, aku design ada gambar kau suh buang gambar pastu hantar dekat customer, customer request gambar nampak tak kebodohan kau kat situ? Pastu last2 design bodoh je kau bagi tak kesian pulak dekat customer? Bila aku ikut customer, customer yg bagi idea aku design dah siap kau boleh tnya kenapa design mcm tu? Aku nak jawab apa customer request mcm tu kang aku lebih2 tak sebulu dengan apa customer nak, apa kata kau marah customer daripada kau marah aku, aku cakap customer nak kau ckp aku design tak betul, cmna aku nak cakap? Kalau customer nak merah kau nak coklet kau buat design untuk saper bodoh?

Haish sabar je... aku tak racist susah aku nak racist tp bila ada sekor dua perangai mcm ni kau secara x sedar kau lambangkan kaum kau, aku ada 3 orng india rapat dengan aku semua perangai sama cakap entah berbelit, macam mana aku nak percaya india?

Sabtu, 22 Oktober 2016

22 oktober

Harini lain macam, nak bangun pagi berat je. Kat tempat kerja pulak berlambak kerja bos xda satu hari, mmang aman xda dngr gaduh hari2, aku siapkan kerja and bg balance untuk lpas lunch. Klau siapkan semua bosan lah aku lepas lunch.

Dia start 30 minit nak balik, boss aku ttba ada kt office dia relex xda tegur, aku mcm biasa muka letih dgn mata kuyu tanda relex xda masalah, pastu ttba boss aku bg "dam ular" tahu? Box games  ada dam haji saidina apa lancau semua tu la, dia suruh aku scan and besarkan dari saoz asal. Mata aku tngok jam ada 15 minit sebelum aku cabut pulang, jeng jeng komputer problem nak render bende besar berat so tunggu lama smpai 6 stengah baru aku balik,

Smntara nak masuk kreta officemate aku call kereta xdpt hidup, aku kejar nak pergi tolong, sampai2 pomen dah ada siap tukar bateri baru, ok aku cek semua okay baru aku blah, yelah aku tahu skit psal2 kereta.

Sampai rumah, cousin aku tegur, kereta ko rosak tu ada bende tercabut. Dia ckp lower arm kreta tercabut, aku cek dalam kepala takkan masuk bengkel lg aku nak balik terengganu malam ni. Aku cek tengok xda apa2,

Nenek tegur lewat balik, pastu aku ckp ye kerja bnyak, and baru aku gitau aku balik terengganu malam ni isnin bru aku balik pahang. Dia ckp okay kim salam mama papa. And cousin aku lg sorang ckp pakcik aku mengamuk dari pagi masuk berkurung dalam van aku.

Aku letih harini. Selamba aku jalan tngok dalam van mmang ada dia, dia kunci dari dalam. Aku bukak aku x pikir panjang aku cakap ko nak mampus? Ko keluar skarang apa ko buat dalam van aku, dia suh hntr ke kedai jahit nk jahit barang dia orng lain xnak layan dia lari masuk dalam van dgn niat aku boleh hntrkan lah. Tp silap angin aku x betul harini. Aku spak dia aku tampar2 dia nangis xnak keluar jugak. Nenek ngan yg lain diam x berani nak tegur. Aku bg last warning aku masuk dalam tukar baju ko tak keluar lg aku terajang keluar.

Siap tukar baju nak meniaga aku tengok dia ada kat dalam lagi x keluar. Kali ni mampus, aku tarik dia sampai jatuh aku campak beg dia kt luar dia menjerit sakit! Aku x hirau aku tampar bagi diam, dia makin memekak, aku cepat start enjin aku reverse sampai luar pagar, aku tengok dia mengesot nak lari, aku turun aku rampas beg dia buang jauh2 pastu dia mengamuk, dia cari beg dia, aku pun blah keluar.

Aku silap! aku harap pak ngah okay. Dia tunggu aku dari pagi aku layan dia macam babi. Sorry

Selasa, 4 Oktober 2016

fear too much

Aku tak pandai nak bercakap ayat dalam or cetek. Aku cakap apa yang aku rasa. Tapi aku suka baca apa kau tulis, kadang rasa rendah kau tinggi, walau ketinggian aku lebih dari kau bila berdiri. Sebenarnya aku rasa sebak cuak macam2 rasa yang aku takut. Aku tahu kau tengah berperang dan berpura kuat padahal pistol kayu je kau pegang, tapi kau tak penah nampak takut kenapa ea? Kau kuat macam batu baling pecah lebur jadi debu, kena kepala pecah kepala oooo sakit oww.

Oh aku cakap banyak sorry, btw kau kuat teruskan kuat aku boleh sokong dari jauh je lah doa banyak2 untuk keluarga, im mr nobody yo bukan bf nor bff ayat aku tak dapat buat kau kuat pun sebenarnya tak layak langsung, tapi hati aku pecah bila baca karangan kau hahaha lembut doh bandingkan dengan kau, sebab tu aku tulis alah ni aku sebak tengok kau. My dear dont fear too much (memang patut kau takut), just keep breathing!

Jumaat, 16 September 2016

Hikmah

Bulan ni duit poket tak seberapa nak banyak biasalah ekonomi ada naik ada jatuh, setakat ni alhamdulillah aku boleh lagi tempuh ujian ni, tapi aku rasa aku tengah di uji kenapa?

Sebab, duit tak berapa nak banyak jadi ada hari bisnes baik ada lah duit lebih, esok lusa kering lagi, tapi aku nak mention satu perkara, masa aku tengah ada duit ujian selalu aku dpt orng nak pinjam duit. Aku bukan apa, aku sedih kalau takda duit nk makan, nak bergerak, or apa2 je lah, aku penah rasa seksa takda duit and takda sorang pun tolong bg pinjam duit. Sedih stress serabut mcm2 ko pikir masa tu. Aku kalah klau ada orang yang berani msj aku ckp dia takda duit and nk pinjam, aku akan fikir takpa la aku kena bg dia pinjam duit. untuk aku? Takpa aku boleh cari yang penting kawan senang. walau bukan kawan "ex" orng yang aku benci skali pun. Aku fikir dia terdesak dia sanggup tebal muka nak pinjam duit. Saper yang nak berhutang betul?

Alhamdulillah stakat ni aku takda lagi claim duit hutang mcm nak pergi perang, kau dah pandai berhutang kau tahu la tanggung jawab kau langsai kan hutang, aku diam bukan aku halal kan, aku taknak paksa kau bayar, selagi kau tahu batas berhutang cukup bagi aku. Takda duit nk makan pun aku senyap takkan mintak aku boleh berusaha, oi hidup aku kot hahaha.

Pikir la perasaan kawan kau sebelum kau mintak berhutang. Bukan main susah, yg bertahun yg tak bertanya khabar ni lah kau cari, bila senang 10 tahun, 10 tahun la kau hilang. Aku tak berkira sebab aku tahu perit takda duit.

Jumaat, 9 September 2016

Cita cita dan hobi

Dulu masa budak-budak aku selalu curi-curi main komputer papa sebab nak main game, bila dengar ja bunyi motor papa daru jauh trus direct tutup plug sebab takut kantoi hahaha. Masa kecik aku dah target nak dapatkan kerja yang mengadap komputer je sebab aku tak bosan, aku suka komputer.

Bila dah besar sikit orang lain sibuk fokus pmr spm aku macam takda hala tuju lagi, aku tak tahu nak fokus apa, aku tak minat belajar, dalam fikiran aku semua tu tak guna pun dalam hidup harian kau kelak, melainkan kau fokus nak jadi pengajar "cikgu"!

Teruk lagi bila lepas pmr result aku boleh makan je, famly aku hantar ke sekolah kemahiran, pikir dorang aku ni dah lost baik hantar kemahiran habis belajar takda la nk risau sangat. Bila dkt sekolah teknik aku sama buat hal, aku ambik kos elektrik elektronik, tp kejap je aku belajar sebab ada lab komputer baru buka, aku guna sebaik mungkin hahaha waktu kelas aku ponteng lepak sana buat design untuk sekolah semua lah aku buat design banner bunting website gimik perasmian, kire aku orng penting lab komputer, bila ada kelas lain aku p ajar dorang cara guna komputer hahaha.

Ok pendek cerita lepas spm aku tak tahu nk sambung mana dalam kepala aku pandai design so aku try la mintak art design, dah rezeki aku ponteng kelas x belajar dpat la aku sambung belajar diploma dalam graphic. So bangga la skit aku dah nmpak jalan diploma beb. Habis dploma aku smbung lg ijazah lagi bangga la dkt diri sendiri.

Habis ijazah tadaa! Cita-cita dari budak kecik suka main game nak main komputer 24jam dah tercapai, tu la kerja aku sekarang klau dulu xda erti penat letih, sekarang baru masuk kerja kul 9pagi "sejam lepas" aku dah pikir nak balik je.

Sabtu, 30 Julai 2016

Be like.

Aku tak cukup matang untuk tempuh hidup selepas belajar,  mungkin pada pandangan orang luar nampak berbeza. Hakikat aku tak lari daripada pertarungan hidup untuk berjaya, pertarungan yang entah bila akan tamat.

Dalam pertarungan tu, aku mencari makna sahabat, sahabat yang dapat bersama aku tolong mencari kemenangan. 

Sekali lagi aku gagal. Tidak wujud sahabat atau sesiap dalam pertarungan aku. Hanya aku bodoh.

Thanks bro sbb ada dengan aku hampir setahun run bisnes. Mungkin lepasni aku kena bergantung harap sepenuhnya dengan diri aku sendiri. Pertarungan aku tak habis lagi bro.  Bye

Khamis, 28 Julai 2016

Mimpi

Dalam mimpi aku tu ada gambaran sorang laki badan tuf kepala botak,  mata bolat, kulit sawo matang (mcm melayu)  n padangan sinis serius. Aku ingat muka dia.

Dalam mimpi aku tu dia bawak lorry (lorry angkut pasir), muatan kosong agak aku.
Bila nampak aku dia perlahankan lorry dia and dia pecut laju lorry dia bila dia agak aku nak lari daripada dia, bende tu dia ulang banyak kali. 

Dalam mimpi aku tu bukan kali pertama dia muncul,  pertama kali dia muncul dkt tempat aku kerja (dataran),  tp aku dgn cousin perempuan aku (k. Elly). Seingat aku masa tu.  Dia bawak van lama warna hijau plus tompok2 cat lama. Pdangan dia sama macam aku target dia, untuk bunuh agak aku.

Dalam mimpi aku tu, aku stuck dalam jem, dan aku tngok side mirror ada lorry nak lalu,  aku perhati je sambil dia potong aku, dia perhati aku (muka yg sama) sampai lah aku perasan lorry dia dah berubah cat (tp first muncul dia bawak van), cat baru tapi x berapa nak nmpak baru, warna hijau van aku, dan cat kt lorry tu tak berapa nak kemas. Belakang lorry dia ada lagi lorry siput (lorry simen yg boleh putar blakang) Lepas dia potong aku dia perlahankan lorry dia, sampai lah aku turun dri kenderaan aku. Aku masa tu cuak gabra,  aku mnyorok tp aku boleh nampak lorry dia,  bila aku nak lari dia pecut lorry dia mcm nak kejar aku.

Dalam mimpi aku tu, kali kedua bende yang sama berulang,  tempat pun aku agak tempat sama tengah bandar kecik (mcm kat bentong)  kenderaan kena pusing bandar untuk lalu. Tapi kali ni belakang dia ada lorry treller warna merah malap (sama warna dgn lorry siput)  masa dia pecut nak kejar aku lorry yang follow belakang dia akan tertinggal dekat belakang.

Dalam mimpi aku tu,  aku agak aku ada di satu tempat tepi pantai banyak pokok rhu, pasir warna putih.  Seolah aku mcm ada gerai makan (mcm dekat bazaar dgn amer)  amer pun ada pakai baju warna putih.

Aku tersedar dari tido.  Aku kusut mcm ada something akan terjadi. Kenapa dgn lelaki tu?