Jumaat, 9 September 2016

Cita cita dan hobi

Dulu masa budak-budak aku selalu curi-curi main komputer papa sebab nak main game, bila dengar ja bunyi motor papa daru jauh trus direct tutup plug sebab takut kantoi hahaha. Masa kecik aku dah target nak dapatkan kerja yang mengadap komputer je sebab aku tak bosan, aku suka komputer.

Bila dah besar sikit orang lain sibuk fokus pmr spm aku macam takda hala tuju lagi, aku tak tahu nak fokus apa, aku tak minat belajar, dalam fikiran aku semua tu tak guna pun dalam hidup harian kau kelak, melainkan kau fokus nak jadi pengajar "cikgu"!

Teruk lagi bila lepas pmr result aku boleh makan je, famly aku hantar ke sekolah kemahiran, pikir dorang aku ni dah lost baik hantar kemahiran habis belajar takda la nk risau sangat. Bila dkt sekolah teknik aku sama buat hal, aku ambik kos elektrik elektronik, tp kejap je aku belajar sebab ada lab komputer baru buka, aku guna sebaik mungkin hahaha waktu kelas aku ponteng lepak sana buat design untuk sekolah semua lah aku buat design banner bunting website gimik perasmian, kire aku orng penting lab komputer, bila ada kelas lain aku p ajar dorang cara guna komputer hahaha.

Ok pendek cerita lepas spm aku tak tahu nk sambung mana dalam kepala aku pandai design so aku try la mintak art design, dah rezeki aku ponteng kelas x belajar dpat la aku sambung belajar diploma dalam graphic. So bangga la skit aku dah nmpak jalan diploma beb. Habis dploma aku smbung lg ijazah lagi bangga la dkt diri sendiri.

Habis ijazah tadaa! Cita-cita dari budak kecik suka main game nak main komputer 24jam dah tercapai, tu la kerja aku sekarang klau dulu xda erti penat letih, sekarang baru masuk kerja kul 9pagi "sejam lepas" aku dah pikir nak balik je.

0 ulasan:

Catat Ulasan