Ahad, 30 Oktober 2016

Mimpi

Mimpi ni jangan buat main ada setengah ada maksudnya, aku nk citer aku dah lama sngt tak stalk or rindu bella ni tp semalam entah mcm mana dia masuk dalam mimpi aku, aku ingt biasa je lah mainan tido kan.

Pagi bangun tido biasa xda buat apa rindu ke apa xda pulak tp layan perasaan la jugak teringat mimpi semalam kan. Hahaha

Petang lepas asar dia tiba2 msj aku ckp ayah dia baru menghembuskan nafas dia. Innalillahiwainnilaiirajiun, aku rasa serba salah, patut ke aku pergi melawat? As a orang yang rapat yg aku kenal dua tahun aku patut pergi, bukan ego tp hormat dia tengah sedih takkan aku nak campur adukkan kan hal peribadi kan. Tp banyak halangan yang buat aku tak dapat pergi, aku xdapat nk keluarkan duit dari bank, sebab aku hanya boleh keluarkan menggunakan cek, petang bank dah ttup plus hari ahad. Aku call kawan2 mntak pinjam duit tp semua belum gaji takkan aku nak paksa, aku beli topup harap aku call saje.

Itu je aku mampu buat berdoa kepada allah semoga proses berjalan dengan lancar, dan roh arwah ditempatkan dengan orang2 yang soleh. Aku call tp x sempat ckp banyak maybe dia sibuk, tp aku sempat dngar suara dia, dia mcm biasa kuat mcm kura kura, tp dalam allah sahaja yang tahu. Stay strong!

0 ulasan:

Catat Ulasan