Khamis, 28 Julai 2016

Mimpi

Dalam mimpi aku tu ada gambaran sorang laki badan tuf kepala botak,  mata bolat, kulit sawo matang (mcm melayu)  n padangan sinis serius. Aku ingat muka dia.

Dalam mimpi aku tu dia bawak lorry (lorry angkut pasir), muatan kosong agak aku.
Bila nampak aku dia perlahankan lorry dia and dia pecut laju lorry dia bila dia agak aku nak lari daripada dia, bende tu dia ulang banyak kali. 

Dalam mimpi aku tu bukan kali pertama dia muncul,  pertama kali dia muncul dkt tempat aku kerja (dataran),  tp aku dgn cousin perempuan aku (k. Elly). Seingat aku masa tu.  Dia bawak van lama warna hijau plus tompok2 cat lama. Pdangan dia sama macam aku target dia, untuk bunuh agak aku.

Dalam mimpi aku tu, aku stuck dalam jem, dan aku tngok side mirror ada lorry nak lalu,  aku perhati je sambil dia potong aku, dia perhati aku (muka yg sama) sampai lah aku perasan lorry dia dah berubah cat (tp first muncul dia bawak van), cat baru tapi x berapa nak nmpak baru, warna hijau van aku, dan cat kt lorry tu tak berapa nak kemas. Belakang lorry dia ada lagi lorry siput (lorry simen yg boleh putar blakang) Lepas dia potong aku dia perlahankan lorry dia, sampai lah aku turun dri kenderaan aku. Aku masa tu cuak gabra,  aku mnyorok tp aku boleh nampak lorry dia,  bila aku nak lari dia pecut lorry dia mcm nak kejar aku.

Dalam mimpi aku tu, kali kedua bende yang sama berulang,  tempat pun aku agak tempat sama tengah bandar kecik (mcm kat bentong)  kenderaan kena pusing bandar untuk lalu. Tapi kali ni belakang dia ada lorry treller warna merah malap (sama warna dgn lorry siput)  masa dia pecut nak kejar aku lorry yang follow belakang dia akan tertinggal dekat belakang.

Dalam mimpi aku tu,  aku agak aku ada di satu tempat tepi pantai banyak pokok rhu, pasir warna putih.  Seolah aku mcm ada gerai makan (mcm dekat bazaar dgn amer)  amer pun ada pakai baju warna putih.

Aku tersedar dari tido.  Aku kusut mcm ada something akan terjadi. Kenapa dgn lelaki tu?

0 ulasan:

Catat Ulasan