Sabtu, 22 Oktober 2016

22 oktober

Harini lain macam, nak bangun pagi berat je. Kat tempat kerja pulak berlambak kerja bos xda satu hari, mmang aman xda dngr gaduh hari2, aku siapkan kerja and bg balance untuk lpas lunch. Klau siapkan semua bosan lah aku lepas lunch.

Dia start 30 minit nak balik, boss aku ttba ada kt office dia relex xda tegur, aku mcm biasa muka letih dgn mata kuyu tanda relex xda masalah, pastu ttba boss aku bg "dam ular" tahu? Box games  ada dam haji saidina apa lancau semua tu la, dia suruh aku scan and besarkan dari saoz asal. Mata aku tngok jam ada 15 minit sebelum aku cabut pulang, jeng jeng komputer problem nak render bende besar berat so tunggu lama smpai 6 stengah baru aku balik,

Smntara nak masuk kreta officemate aku call kereta xdpt hidup, aku kejar nak pergi tolong, sampai2 pomen dah ada siap tukar bateri baru, ok aku cek semua okay baru aku blah, yelah aku tahu skit psal2 kereta.

Sampai rumah, cousin aku tegur, kereta ko rosak tu ada bende tercabut. Dia ckp lower arm kreta tercabut, aku cek dalam kepala takkan masuk bengkel lg aku nak balik terengganu malam ni. Aku cek tengok xda apa2,

Nenek tegur lewat balik, pastu aku ckp ye kerja bnyak, and baru aku gitau aku balik terengganu malam ni isnin bru aku balik pahang. Dia ckp okay kim salam mama papa. And cousin aku lg sorang ckp pakcik aku mengamuk dari pagi masuk berkurung dalam van aku.

Aku letih harini. Selamba aku jalan tngok dalam van mmang ada dia, dia kunci dari dalam. Aku bukak aku x pikir panjang aku cakap ko nak mampus? Ko keluar skarang apa ko buat dalam van aku, dia suh hntr ke kedai jahit nk jahit barang dia orng lain xnak layan dia lari masuk dalam van dgn niat aku boleh hntrkan lah. Tp silap angin aku x betul harini. Aku spak dia aku tampar2 dia nangis xnak keluar jugak. Nenek ngan yg lain diam x berani nak tegur. Aku bg last warning aku masuk dalam tukar baju ko tak keluar lg aku terajang keluar.

Siap tukar baju nak meniaga aku tengok dia ada kat dalam lagi x keluar. Kali ni mampus, aku tarik dia sampai jatuh aku campak beg dia kt luar dia menjerit sakit! Aku x hirau aku tampar bagi diam, dia makin memekak, aku cepat start enjin aku reverse sampai luar pagar, aku tengok dia mengesot nak lari, aku turun aku rampas beg dia buang jauh2 pastu dia mengamuk, dia cari beg dia, aku pun blah keluar.

Aku silap! aku harap pak ngah okay. Dia tunggu aku dari pagi aku layan dia macam babi. Sorry

Selasa, 4 Oktober 2016

fear too much

Aku tak pandai nak bercakap ayat dalam or cetek. Aku cakap apa yang aku rasa. Tapi aku suka baca apa kau tulis, kadang rasa rendah kau tinggi, walau ketinggian aku lebih dari kau bila berdiri. Sebenarnya aku rasa sebak cuak macam2 rasa yang aku takut. Aku tahu kau tengah berperang dan berpura kuat padahal pistol kayu je kau pegang, tapi kau tak penah nampak takut kenapa ea? Kau kuat macam batu baling pecah lebur jadi debu, kena kepala pecah kepala oooo sakit oww.

Oh aku cakap banyak sorry, btw kau kuat teruskan kuat aku boleh sokong dari jauh je lah doa banyak2 untuk keluarga, im mr nobody yo bukan bf nor bff ayat aku tak dapat buat kau kuat pun sebenarnya tak layak langsung, tapi hati aku pecah bila baca karangan kau hahaha lembut doh bandingkan dengan kau, sebab tu aku tulis alah ni aku sebak tengok kau. My dear dont fear too much (memang patut kau takut), just keep breathing!

Jumaat, 16 September 2016

Hikmah

Bulan ni duit poket tak seberapa nak banyak biasalah ekonomi ada naik ada jatuh, setakat ni alhamdulillah aku boleh lagi tempuh ujian ni, tapi aku rasa aku tengah di uji kenapa?

Sebab, duit tak berapa nak banyak jadi ada hari bisnes baik ada lah duit lebih, esok lusa kering lagi, tapi aku nak mention satu perkara, masa aku tengah ada duit ujian selalu aku dpt orng nak pinjam duit. Aku bukan apa, aku sedih kalau takda duit nk makan, nak bergerak, or apa2 je lah, aku penah rasa seksa takda duit and takda sorang pun tolong bg pinjam duit. Sedih stress serabut mcm2 ko pikir masa tu. Aku kalah klau ada orang yang berani msj aku ckp dia takda duit and nk pinjam, aku akan fikir takpa la aku kena bg dia pinjam duit. untuk aku? Takpa aku boleh cari yang penting kawan senang. walau bukan kawan "ex" orng yang aku benci skali pun. Aku fikir dia terdesak dia sanggup tebal muka nak pinjam duit. Saper yang nak berhutang betul?

Alhamdulillah stakat ni aku takda lagi claim duit hutang mcm nak pergi perang, kau dah pandai berhutang kau tahu la tanggung jawab kau langsai kan hutang, aku diam bukan aku halal kan, aku taknak paksa kau bayar, selagi kau tahu batas berhutang cukup bagi aku. Takda duit nk makan pun aku senyap takkan mintak aku boleh berusaha, oi hidup aku kot hahaha.

Pikir la perasaan kawan kau sebelum kau mintak berhutang. Bukan main susah, yg bertahun yg tak bertanya khabar ni lah kau cari, bila senang 10 tahun, 10 tahun la kau hilang. Aku tak berkira sebab aku tahu perit takda duit.

Jumaat, 9 September 2016

Cita cita dan hobi

Dulu masa budak-budak aku selalu curi-curi main komputer papa sebab nak main game, bila dengar ja bunyi motor papa daru jauh trus direct tutup plug sebab takut kantoi hahaha. Masa kecik aku dah target nak dapatkan kerja yang mengadap komputer je sebab aku tak bosan, aku suka komputer.

Bila dah besar sikit orang lain sibuk fokus pmr spm aku macam takda hala tuju lagi, aku tak tahu nak fokus apa, aku tak minat belajar, dalam fikiran aku semua tu tak guna pun dalam hidup harian kau kelak, melainkan kau fokus nak jadi pengajar "cikgu"!

Teruk lagi bila lepas pmr result aku boleh makan je, famly aku hantar ke sekolah kemahiran, pikir dorang aku ni dah lost baik hantar kemahiran habis belajar takda la nk risau sangat. Bila dkt sekolah teknik aku sama buat hal, aku ambik kos elektrik elektronik, tp kejap je aku belajar sebab ada lab komputer baru buka, aku guna sebaik mungkin hahaha waktu kelas aku ponteng lepak sana buat design untuk sekolah semua lah aku buat design banner bunting website gimik perasmian, kire aku orng penting lab komputer, bila ada kelas lain aku p ajar dorang cara guna komputer hahaha.

Ok pendek cerita lepas spm aku tak tahu nk sambung mana dalam kepala aku pandai design so aku try la mintak art design, dah rezeki aku ponteng kelas x belajar dpat la aku sambung belajar diploma dalam graphic. So bangga la skit aku dah nmpak jalan diploma beb. Habis dploma aku smbung lg ijazah lagi bangga la dkt diri sendiri.

Habis ijazah tadaa! Cita-cita dari budak kecik suka main game nak main komputer 24jam dah tercapai, tu la kerja aku sekarang klau dulu xda erti penat letih, sekarang baru masuk kerja kul 9pagi "sejam lepas" aku dah pikir nak balik je.

Sabtu, 30 Julai 2016

Be like.

Aku tak cukup matang untuk tempuh hidup selepas belajar,  mungkin pada pandangan orang luar nampak berbeza. Hakikat aku tak lari daripada pertarungan hidup untuk berjaya, pertarungan yang entah bila akan tamat.

Dalam pertarungan tu, aku mencari makna sahabat, sahabat yang dapat bersama aku tolong mencari kemenangan. 

Sekali lagi aku gagal. Tidak wujud sahabat atau sesiap dalam pertarungan aku. Hanya aku bodoh.

Thanks bro sbb ada dengan aku hampir setahun run bisnes. Mungkin lepasni aku kena bergantung harap sepenuhnya dengan diri aku sendiri. Pertarungan aku tak habis lagi bro.  Bye

Khamis, 28 Julai 2016

Mimpi

Dalam mimpi aku tu ada gambaran sorang laki badan tuf kepala botak,  mata bolat, kulit sawo matang (mcm melayu)  n padangan sinis serius. Aku ingat muka dia.

Dalam mimpi aku tu dia bawak lorry (lorry angkut pasir), muatan kosong agak aku.
Bila nampak aku dia perlahankan lorry dia and dia pecut laju lorry dia bila dia agak aku nak lari daripada dia, bende tu dia ulang banyak kali. 

Dalam mimpi aku tu bukan kali pertama dia muncul,  pertama kali dia muncul dkt tempat aku kerja (dataran),  tp aku dgn cousin perempuan aku (k. Elly). Seingat aku masa tu.  Dia bawak van lama warna hijau plus tompok2 cat lama. Pdangan dia sama macam aku target dia, untuk bunuh agak aku.

Dalam mimpi aku tu, aku stuck dalam jem, dan aku tngok side mirror ada lorry nak lalu,  aku perhati je sambil dia potong aku, dia perhati aku (muka yg sama) sampai lah aku perasan lorry dia dah berubah cat (tp first muncul dia bawak van), cat baru tapi x berapa nak nmpak baru, warna hijau van aku, dan cat kt lorry tu tak berapa nak kemas. Belakang lorry dia ada lagi lorry siput (lorry simen yg boleh putar blakang) Lepas dia potong aku dia perlahankan lorry dia, sampai lah aku turun dri kenderaan aku. Aku masa tu cuak gabra,  aku mnyorok tp aku boleh nampak lorry dia,  bila aku nak lari dia pecut lorry dia mcm nak kejar aku.

Dalam mimpi aku tu, kali kedua bende yang sama berulang,  tempat pun aku agak tempat sama tengah bandar kecik (mcm kat bentong)  kenderaan kena pusing bandar untuk lalu. Tapi kali ni belakang dia ada lorry treller warna merah malap (sama warna dgn lorry siput)  masa dia pecut nak kejar aku lorry yang follow belakang dia akan tertinggal dekat belakang.

Dalam mimpi aku tu,  aku agak aku ada di satu tempat tepi pantai banyak pokok rhu, pasir warna putih.  Seolah aku mcm ada gerai makan (mcm dekat bazaar dgn amer)  amer pun ada pakai baju warna putih.

Aku tersedar dari tido.  Aku kusut mcm ada something akan terjadi. Kenapa dgn lelaki tu?

Khamis, 12 November 2015

Sad november

Hye guys dh lama aku tak tulis dlm blog ni. Malas nk update sbenarnya hahaha untuk aku jgak bnde ni.  Bukan ada orng tnggu pun nk baca blog ni. Okay let me know this time saper baca sila komen kat bwah. Btw spatutnya 11/11/2015 aku celebrate two years aniversary tp nk wat cmna jodoh xda.  And spatutnya november aku ada event dgn dia dkt penang tp sebab jodoh xda dia replace tmpat aku dgn pakwe baru dia.  Dlu masa dia curang aku tak tahu.  Dia siap pujuk aku nangis2 suh pergi dekat melaka peluk aku pegang tngan aku.  Tp aku x sangka semua tu lakonan je. Bnde lah nak jadi.  Dri dlu aku duk mention ko taknak ko cakap bukan main tipu bodoh mcm ni.  Susah sngt nk bukak mulut knapa?  Trust me lh aku orng yg pgang kata2 aku.  Klau ko rasa x spanjang 2 tahun apa yg ko rasa aku x pgang janji ko ckp kat aku? Bullshit lah bella. Mcm orng bodoh aku hari2 pikir kau smpai tido pun mimpi muka kau.  Tp ko curang aku bahagia dgn orng lain.  Bila aku tnya ko ckp lain.  Sedih aku ko wat mcm ni. Ko xda perasaan ko punya pasal x semua orng mcm kau.  Nk hidup bkan selfish mcm kau. Aku x dendam tp aku nk ko kena mcm aku kena. Nnti ko akan tahu apa salah kau. Cinta aku kt kau x penah brubah pun.  Ko sndri yg roboh kan semua bnde.  2 tahun bukan skejap sayang.  Mcm2 bnde dh ko ngan aku.  😢