Rabu, 13 Ogos 2014

Selesai

Selesai sem lepas aku xda fail mna2 course dgn rasmi aku melangkah sem akhir. Sepanjang pagi ni aku dah kemas bilik basuh kain cadar baju semua. Tunggu mak aku ja lah balik dri skolah. Hari ni aku tak tahu lah apa plak yg tak kena psal aku. Semua bnde yg dia suh buat aku dah ikut.

Pagi tadi bgun2 ja bnde yg aku nak tngok bukan result pun tp cawan ada yg tertinggal tak basuh tak. Rupanya ada!!! Kali ni klau kna tegur aku ungkit tngk lah. Pandai minum cawan sebijik pun x basuh. pastu aku yg kena elok lah tu.

Akhirnya

Akhirnya hari2 aku duk kata kat bella pasal sume bnde dia wat tak kne. Tak ambik serius psal hubungan aku ngan dia. tadi dia balik ja keja aku expect dia xnak msj or call yela masuk kerja kul 12 habis kul 12 so aku mmang dah get ready nak sabar lah. Tapi dia msj gak suka lah skit tp hancur balas stengah jam stiap msj hahaha lambat!!! Aku tnya dia busy ka dia ckp tak. Tngok tv and nk g makan. Aku saja potng line ckp on lah skype. Dia pun on skype lah smbil dia tngh makan. Pstu habis makan tngok tv.

Spanjang dia on skype tu aku tngok movie dia tngok tv. Cmni lah kitorang skype on tp tak cakap pun saja nk tnjuk muka rindu katakan hahaha. Lama gak on skype smpai movie aku habis. Dia pun still lg tngok tv and dia ckp ok lah nak off sebab skit tekak asyik batuk ja x selesa. So aku say ok ja.

Aku hntr chat ckp rindu sejak ni asyik pkir psal dia ja tngh complicated gaduh ja. Pastu aku ckp ada konflik ngan mama. Mybe dia dh tahu aku nak luah sumthing dia suruh aku call luah kat dia. Aku citer lah suma bnde kat dia. Dia bg nasihat apa patut so akhirnya saat aku perlu kan sesorang nak luah apa yg x dapat. Dia ada hari ni dengar luarhan hati aku. Kami dduk jauh tp still lg ada persamaan aku ngan dia slalu dianaktiri kan ngan fmly sndri so dia faham maslah aku ngan mama.

Bella ni aku dah kenal 9 bulan. Dalam 4 bulan 80% aku hari2 jumpa dia habiskan masa dgn dia lg 20% dia p kelas balik kg haa tu ja yg lain suma bnde ngan aku. Hubungan aku goyang lepas dia tamat diploma dah mula dduk berjauhan cinta jarak jauh. Dah 5 bulan aku berjauhan ngan dia boleh dkatakan stiap hari bergaduh lain plak dri dlu. Aku pun tak tahu dah nak solve mcm mana apa aku boleh buat bersabar pertahankan hubungan aku ngan dia

Kali ni aku kena nekad lah curi hati dia balik tahan marah aku kat dia even slalu ja dia buat perangai. Tapi aku percaya dia x pernah curang dgn aku.

Tak lengkap

Ada ja benda tak lengkap. Ni yang aku malas nak dduk rumah nie ada ja bnde tak kena. Masalahnya mak aku ni berani ngan aku ja. Aku buat semua tak kena bila adik bradik lain buat senyap ttup mata. Aku pikir sebab aku tngh blajar ja xda kewangan tetap still lg berharap ngan fmly. Klau tak dah lama aku blah dri terengganu ni. Klau aku blah aman kot rumah ni takyah nak beleter ker apa ker.

Contoh terdekat kerja. Bila cuti ja msti suruh cri kerja. Aku tau tu mmang wajib tp agak2 lah cuti tak smpai 1 2 bulan suh cari kerja gak. Abg aku cuti 4 bulan ada dia suh cri kerja? Senyap ja tak pernah kerja pun aku ja yg slalu cuti cri kerja. Tp yg jd msalah time cuti pendek susah orng nak ambik kerja. Pstu mak aku ni mula lah bising dduk rumah tido tak buat apa.

Pagi tadi aku dah kemas rumah sapu mop lagi ada juga bnde nak bising kan dia. Pasal air panas dlm machine kering. Mentang2 aku sorang ja yg dduk kat rumah spanjang hari tak semena mena aku yg kna tuduh pandai habiskan taknak isi. Fuck gila aku tak pernah sentuh pun machine tu nk buat air tadi siap topup air masak lg klau lah aku tau machine tu xda air aku dah letak dah aku bukan malas sngt pun. Tapi tu lah dari air smpai cawan tak basuh aku juga yg di tuduh. Stiap kali aku minum aku basuh kot tu yg adek aku tu minum pastu bla cmtu xnak plak marah aku juga yg tak buat yg kena.

Itu lah nampak sngt aku klau dduk kat rumah buat lah baik mana orng tak nmpak. Msti cri silap aku. Malam raya aku taknak ungkit lah saper ja kemas rumah. Aku ja rasa rumah sepah and yg selama ni tak kemas aku nak ambik hati kemas lah yg lain syok tngok korea. Ada orng nampak aku buat apa? Serabut lah dduk rumah ni.

Kadang2 rasa mcm dianak tiri pun ada. Aku ckap mna ada nak dngr.bila ckp demam mna ada nak layan suh cri panadol ker ubat ker. Bila ckp sakit situ sini lagi lah. Kenapa lah tuhan x bagi aku sakit yg teruk? Biar dorng nmpak kewujudan aku dlm rumah ni. Mybe tuhan nak aku sabar dgn bnde kecik.

Rindu arwah tok aku. Tok aku layan lebih dari mak aku layan. Selalu ja tnggu aku balik tunggu aku cuti slalu teringatkan aku. Tapi biasalah manusia masa dia ada aku tak nampak pun semua tu. Bila dah takda baru aku tahu bertapa besarnya apa yg dia buat kat aku.

Tak sabar aku nak tnggu habis belajar akhir tahun ni. Aku nak blah dri terengganu cari kerja kat luar nnti aku xda  aman lah rumah ni.

Selasa, 12 Ogos 2014

Done!!!

Done kemas rumah, dari start aku balik bulan lepas baru harini aku ringankan tulang sapu rumah mop lantai kemas sikit2 apa yg sepah hahaha

Boleh ja aku nak rajin macam ni selalu nanti awek sebelah cakap apa plak. Nnti dia ingt aku nak curi hati pulak hahaha dah lah comel nasib ada bella. Klau tak dah lama pasang ayat. Ok balik dari topik asal tadi dah mop lantai sapu satu rumah next plan aku nak kemas gua kelawar tmpt aku tido hari2 (bilik) jgn ckp lah bersepah mcm2 ada glass air milo dah brapa minggu x basuh plastik2 kropok tisu guna buang cmtu ja, baju bersepah x lipat. Mcm2 lah hahaha ni lah aku pemalas jgn kawan ok.

Kalau lah aku kawin ngan bella mampus aku kena tikam. Bella hari2 kemas rumah katanya lah. Klau ruang tamu tu 2 jam bru siap tak tahu lah dia buat apa mungkin skali dia kemas dia tukar semua lantai2 pasang baru kot. Tu baru ruang tamu tak termasuk dapur lg sampai berjambang kita tnggu dia wat kerja.

Hari ni dia x sempat kemas sebab masuk kerja awk so mungkin mlm nanti dia kemas pastu tido letih and masa aku ngan dia dah xda. Marah pun xda guna dah masa tu silap hari sampai esok dia hentam aku. So aku kna ready yg aku mybe x dpt nak msj dia mlm ni or call.mcm dah tahu apa jadi hahaha yela bukan skali beb hari2 kena msti lah tahu awek gua.

Ok lah beb gua chow dlu btw aku ada wat ig instagram baru untuk brand aku "dallien" so klau lah ada manusia yg jenguk blog ni jgn segan ya follow kami

@dallien_official

Hangin

Tengok lah pagi2 dah angin satu badan, dah mcm mana. Awek aku ni lah. Meh luah skit. Smalam kerja kul 3 smpai kul 12 mlm. Sehari sebelum tu kul 5 smpai 12 mlm. Hari ni kena masuk lg awl kul 12 sampai 12 bodo ker apa company tu. Agak2 lah kerja part time ja pun. Sesuka hati ja nak ubah2 jadual bodo lah lah cm ni.

Aku marah sangat sebab yg tanggung awek aku kerja tak ikut masa pastu baru lah kena tempias kat aku. Asal aku nak cari ja busy asal nak msj call ja penat. Fuckk gila. Bodo klau kerja cmni.

Gaji pun dapat lambat skit. Kerja lebih daripada gaji. Yg awek aku ni pun lg satu mengikut ja baik ja. Cakap lebih2 kang mengamuk lah. Cuba lah tegas skit kat bos ker manager ker tak boleh? Pikir lah skit awk tu kerja tak ikut masa satu hari brapa jam orng kerja? Full time gov pun kerja brapa jam ja.

Tak suka

Aku sebenarnya x suka nak kuar dgn perempuan yang ada pakwe ni chatting ker apa. Bukan nak cakap aku ni alim2 kucing ker apa sebab tadi baru ja lepak berdua ngan kawan perempuan aku. Kebetulan dia cita pasal konflik ngan pakwe dia.. Hmm rasa bersalah nnti orng mark aku kacau awek orng.

Lagi pun aku tahu sangat perasaan laki bila dpt tahu awek dia lepak ngan laki lain. Bukan nak cakap awek aku curang. Awek aku ni selalu lepak ngan laki lain hangout kdang2 dia sorang ja perempuan lain semua laki. Jeles satu kau akn rasa eh dia ngah wat apa ni. Laki lain ada pegang2 dia ker kacau ker? Mesti lah. Bukan soal percaya ker tak tp soal tanggapan kau kat laki tu. Leh caya ker laki ni ngan awek aku haaa cmtu

Sebab tu klau boleh aku nak elak kuar ngan awek orng.. Tadi aku dah buat silap.. Aku tahu sangat perasaan laki ni klau dia dpt tau. Kawan aku ni pun satu lepas habis kerja dia p ckp kat pakwe dia dah balik rumah ckp bnde betul kan senang. Mcm awek aku ni lah dia tahu aku x suka tp dia still lg ckp bnde betul dia susah nk tipu yg dia kuar ngan laki lain. So aku faham and aku sabar. panas ja tlinga dengar dia citer hahaha tp tahan.aku harap bella still lg jgn hancurkan kepercayaan aku kat dia first time beb long distance ni. Kenal terus rapat hari2 jumpa skali dah habis belajar ambik kau dah 5 bulan x jumpa mcm2 dah gaduh. so aku mintak maaf pasal tadi...

Persisiran air

Terengganu negeri kelahiran aku. Sebenarnya aku kurang sangat terengganu ni mungkin aku dari kecik pindah smpai besar pindah randah lagi, sampai kawan pun kenal kejap2 ja last2 dag besar panjang xder kawan. Semua kawan kolej ja aku ada sekolah kerja ada lah 2 3 orng sedih

Terengganu awek lawa2 tapi pikiran kebanyakkan semua minat yg ada motor cakap nak besar2 ja. Klau kat sekolah ker kg ker fb ker bnde yg selalu dorang cakap pasal kahwin itu ja mna2 sama ja.mungkin yg tak pernah keluar dari terengganu yang sikap mcm ni. Yg selalu keluar merantau pemikiran dorang lain.

Terengganu bnyk tempat best2 untuk lega kan minda even tepi rumah aku pun pantai lawa dah buat aku aman segar, tapi biasalah sebut terengganu tempat lawa pun jadi hodoh klau perangai orng muda ni tak kuar dari terengganu. Perangai sama ja suka merempit gangster bila nak maju? Jamuan hari raya pun mb ckp rempit ni menyusahkan prengg sana prengg sini bodoh.

Terengganu makanan jgn cakap lah mahal hahahaha tapi lubuk makanan best ini lah dia. Makanan ja buat aku bangga kat terengganu ni. Keropok, coconut shake, seafood, sarapan...perghhh best 10 bintang

Terengganu dah bnyk mall nak naik aku harap terengganu maju dri segi budaya orng muda ni jgn kolot sngt. Takut nak berubah. Sampai bila? Kita x maju klau bangunan ja tinggi tp otak cetek. Aku cakap ni pun sebab aku tahu budaya sini mcm mana.

Terengganu mcm mana pun still lagi terselamat pure culture melayu tu. Pergi jelajah tmpt lain dah susah nk nampak sifat melayu tu setuju?

Aku nak kuar dari terengganu bukan aku x cinta tp dah dduk terengganu takkan xnak kuar dari terengganu. Mcm dah dlm tempurung kuar dari tempurung ada baldi hahaha. #Offtopic